Melepaskan ikan adalah satu amal an genocide

Sebagai seorang yang inesem anda berjalan-jalan di sebuah tasik yang dihubung dengan sungai. Anda melihat ada pelbagai jenis ikan dan pokok aquatik. Bagi memeriahkan suasana anda pun melepaskan beberapa jenis ikan.Tiba-tiba kiamat.

Kiamat kecil pada kehidupan di dalam tasik tersebut apabila tempat mereka menjadi santapan, tempat dimusnahkan dan akhirnya pupus dengan sepenuhnya. Itulah bahana apabila melakukan perlepasan ikan sewenang-wenangnya.

Adakah iainya satu kesalahan melepaskan ikan  ?

Sebenarnya adalah satu kesalahan untuk melepaskan ikan asing ke dalam kolam kita. Hal ini telah disahkan oleh Jabatan Perikanan. (Rujuk Bacaan Tambahan). Anda mungkin dikenakan tindakan mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu denda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Ikan apa yang tidak boleh dilepakan itu  ?


Sebenarnya apa sahaja ikan yang bukannnya asal dari tempat tersebut tidak boleh dilepaskan, namun terbaru Jabatan Perikanan telah menyenaraikan 34 spesis ikan yang dilarang dilepas.


Gambar Dari Laman Facebook Perikanan


Apa kesan pelepasan ikan ? 

1. Ikan yang bersifat kanibalsme akan makan hidupan lain di dalam kolam sebagai contoh Aligator Jar.

2. Ikan bandaraya sebagai contoh akan makan telur atau anak ikan lain. Malahan tumbuhan semulajadi juga akan menjadi mangsa.

3. Ada juga risiko kacukan sebagai contoh antara keli afrika dan juga keli tempatan.

4. Kajian sukar dijalan untuk mengetahui habitat asal sesuatu kehidupan kerana telah bercampur.


Rujukan Tambahan 

Larangan lepas 34 spesis ikan luar

Halang lepas ikan asing

Ancaman Keli Afrika Terhadap Ekosistem




2 komen:

Hanafi Abdullah berkata...

menarik juga info ini..

biasalah tu..habibat lain yang leboh kuat jika bertembung dengan habibat yang lemah maka yng lemah akan kalah dan pupus

mamapp berkata...

ye tak ye juga ye.. habis kacau ekosystem kan

Catat Ulasan