Cita-cita

Aku duduk di katil bilik anak aku saja melepak. Si bongsu tengah makan roti gardenia perisa jagung yang telah pun naik harga lalu aku bertanya. 

"Nanti besar nanti nak jadi apa ?"

Kakak yang paling semangat untuk menjawab. Nak jadi cikgu katanya. Tidak sangka pulak dia sudah ada impian sendiri sedangkan baru tadika. 

Manakala jawapan abang pulak tidak lagi sama seperti dahulu, katanya nak jadi bomba berbanding sebelum ini nak berniaga. 

Tetapi jawapan si bongsu, katanya nak jadi ikan. Aku pun jadi pelik lah juga "Kenapa pulak nak jadi ikan ?"

"Nak duduk dalam air jer, nanti Kakak boleh bagi makan." 

Selalunya orang bela ikan sebab nak relax-relax, tapi dia nie nampak macam relax sangat. 

Asyik ada masalah jer. 

Pernah tak kalau kita tengok movie apa-apa ada cliche hero asyik jumpa masalah sahaja. Ini sebabnya Murphy Law Dalam Plot

 Pembalakan Bagus Untuk Harimau.

Sebenarnya aku setuju juga dengan kenyataan ini kalau balak diterbang seratus tahun sekali tetapi masalahnya sekarang adalah sekali terbang sampai beratus balak. Licin terus. 



7 komen:

Cici berkata...

Haha comelnya jawapan si bongsu tu

NA berkata...

Masalah takkan hilang.

uncle gedek berkata...

Si bongsu berfikiran luar kotak! hehehehe

Hanafi Abdullah berkata...

saya suka cara mereka yang berfikir yamg pelik dan luar kebiasaan..

nampak lebih genius dan cerdik hehehe

mamapp berkata...

haha comel si adik

Farrah MF berkata...

Jawapan si bongsu paling hebat! Fikiran dia menjangkau ke depan. :)

Azhafizah MN berkata...

Luar dari kotak betul si bongsu punya jawapan. Nak jadi ikan pulak dia. Santai betul tunggu kakak bagi makan.

Catat Ulasan