Apa maksud inflasi ?

Kalau dulu RM10 sudah boleh beli set ayam KFC tapi sekarang sudah mencecah hingga RM15. Harga semakin mahal tapi perasan atau tidak. Dulu walaupun murah kita hanya pergi makan setahun sekali biasanya pada hari istimewa tapi sekarang ada yang selalu pergi untuk menu baru. Aik ? Kenapa pulak bila sekarang mahal lagi ramai yang pergi ? 

Inflasi adalah satu yang berlaku dimana nilai duit kita semakin lama akan menjadi semakin mengecil. Kalau dulu RM5 boleh dapat 4 cawan aiskrim tetapi hari ini mungkin boleh dapat 3 cawan sahaja. 
Walaubagaimanapun inflasi juga akan meningkat seiring dengan ekonomi dan kuasa membeli. 

Sebagai contoh di pendahuluan tadi, walaupun set makanan segera semakin mahal tetapi permintaan juga semakin meningkat. Malahan pelbagai jenis restaurant makanan segera tubuh seperti cendawan selepas hujan sekaligus menaik taraf ekonomi setempat. 

Apa yang menjadi kerisauan adalah berlakunya staginflasi satu situasi dimana nilai duit semakin kecil tetapi tiada peningkat kuasa membeli atau ekonomi tidak bertambah baik malahan perluang perkerjaan tidak meningkat seiring dengan perkembangan semasa. 

Tahap paling teruk adalah apabila berlakunya hiperinflasi berlakunya peningkatan harga barang pada satu situasi diluar kawalan. Peningkatan mungkin naik hingga lebih 30% malahan akan naik berkali-kali. 

9 komen:

Siti Awadah berkata...

dah lama tak dengar tentang inflasi ni. memang betul tu, makin lama terasa barang makin mahal dan nilai duit makin kecil. tapi, disebabkan kuasa membeli tu masih tinggi dikalangan orang kita, rata2 akan tetap beli walau harga lebih mahal :)

Wak Lat berkata...

deflasi berlawanan dgn inflasi kanns.. 😅😅

uncle gedek berkata...

Ooooo... ada hiperinflasi eh?

Ujie Othman berkata...

Rasanya ni pertama kali tahu staginflasi dan hiperinflasi.

mamapp berkata...

susahlah kalau kadar inflasi tinggi semua benda harga naik

Abam Kie berkata...

baru skrg abe kie tahu ttg istilah2 selain drp inflasi. yg pastinya harga barang2 skrg semakin naik. dah naik x reti2 nak turun plak! Arrghhh!

done follow your blog. no 15. TQ.

Farrah MF berkata...

Nilai duit sekarang memang semakin kecil. Hari ni belajar perkara baharu - staginflasi dan hiperinflasi. Selama ini hanya tahu inflasi sahaja.

Hanafi Abdullah berkata...

baharu saya ada perkara yang lebih teruk dari inflasi

Azhafizah MN berkata...

Sekarang pun dah berlaku staginflasi dan hiperinflasi kan. Semua harga nak naik. Gaji tak naik naik. huhu..sedih.

Catat Ulasan