Normalisasikan benda yang salah

Aku tengok kita sekarang terlalu mudah untuk normalisasikan benda yang salah.
 
Bila ada emak bapa yang mengadu beg anak mereka sampai 5kg. Kita mula tuduh manjakan anak tapi kita kena faham juga untuk budak sekecil itu 5kg adalah sangat berat. 
 
Sama juga bila ada yang mahukan gaji lebih dari RM1200, kita tuduh dia pilih kerja pulak. Bangga pulak kita sebab boleh dulu kita boleh hidup dengan gaji itu. Tapi dulu set KFC baru RM9 lebih. 
 
Kes mangsa banjir minta untuk keluarkan duit KWSP, kita yang tak dimasuki air pulak yang menggelabah nak bangkang macam lah kena guna duit kita. 
 
Entahlah, kadang-kadang hidup kita ini macam sakit hati sangat bila ada orang nak hidup mereka dipermudahkan. Padahal tak beri kesan pada diri kita pun.

Buat design bawah RM15 ?

Aku baru jumpa satu website ini. Sesuai untuk sesiapa yang mahukan simple design dan baru nak berjinak. Aku pakai untuk Karya Syazwan.  

Bestnya benda ini percuma dengan pilihan bayaran untuk download gambar dengan qualiti lebih baik dan remove watermark. 

Aku rasa benda ini lagi baloi daripada bayar servis bulanan tapi nak pakai untuk satu dua. 

Website : postermywall.com

4 komen:

uncle gedek berkata...

Kita ni kadang2 over thinking.... Aduh!

Hanafi Abdullah berkata...

wah menarik la theme ini..

sesuai dengan bentuk penulisan yang bersana

Cici berkata...

Betul tu. Netizen ni suka bagi pendapat ikut tekak dia je. Lepas tu mulalah bandingkan dengan diri sendiri.

Azhafizah MN berkata...

Macam macam perangai menusia zaman sekarang ni. Tak tahulah nak kata apa.

Catat Ulasan